Rencah Hidup

Seronoknya Peladangnita PPK Bintong kacau bubur lambuk

BUBUR lambuk cukup sinonim dengan bulan Ramadan. Ia sekali gus menjadikan bubur lambuk sebagai “makanan berbuka puasa paling diminati” daripada golongan dewasa sehinggalah kanak-kanak.

Kumpulan Peladangnita Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong yang diwakili oleh 14 unit kawasan bergotong-royong membuat bubur lambuk pagi ini.

Pengerusinya, Sofiah Hamid, 55, berkata, program membuat bubur lambuk ini telah menjadi acara tahunan di bulan Ramadan sejak tahun lepas.

Bubur lambuk yang siap masak dibungkus sebelum diagih-agihkan kepada orang ramai.

“Ia berkonsepkan sedekah di mana dari bahan-bahan untuk membuatnya sehinggalah di peringkat pengagihan bubur lambuk,” katanya kepada wartawan SUARA MERDEKA.

Beliau berkata, segala bahan untuk membuat bubur lambuk dari beras, daging, santan, bawang dan pelbagai lagi semuanya dibawa oleh ahli yang menyertai program ini.


“Tidak cukup dengan itu, mereka juga membawa peralatan memasak sendiri bagi kemudahan memasak bubur lambuk,” ujarnya.

Katanya lagi, mereka yang terlibat dalam gotong-royong membuat bubur lambuk yang diadakan di pekarangan PPK Bintong merasa seronok kerana dapat mengeratkan lagi silaturahim.

Tugas orang muda melakukan kerja mencuci periuk besar dilakukan dengan senang hati di bawah panas terik.

Sementara itu, Setiausaha Peladangnita PPK Bintong, Rosmuna Ibrahim, 56, berkata, cuaca panas tidak menghalang ahli kumpulan ini berkumpul untuk bergotong-royong.

Katanya, masing-masing seronok dapat bekerjasama membuat bubur lambuk untuk disedekah di unit masing-masing.

Ketua Unit Tebing Tinggi   Peladangnita PPK Bintong, Rosni Salim, 68, atau lebih dikenali dengan panggilan “Kak Ah” berkata, gabungan orang berpengalaman penting bagi menghasilkan bubur lambuk yang enak.

“Ada orang muda yang terlibat tetap berasa seronok kerana dapat membantu membuat kerja-kerja yang agak berat bagi dilakukan oleh wargaemas,” katanya.

Penyediaan bubur lambut sememangnya berbeza mengikut negeri-negeri tetapi yang penting, rasanya lazat dan hanya ada di bulan Ramadan. – SM

(Visited 144 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button