BeritaEkonomi

Buat pertama kali dalam sejarah penjanaan tenaga solar lebih murah di Malaysia

SUARA MERDEKA: Perkembangan menggalakkan ditunjukkan oleh industri solar ekoran kos penjanaan tenaga alternatif itu lebih rendah di negara ini berbanding penjanaan kuasa berasaskan minyak.

Perkara itu diakui oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca, Yeo Bee Yin dan ia merupakan buat pertama kali dalam sejarah penjanaan kuasa tenaga solar dapat dibangunkan secara besar-besaran kerana kos yang lebih rendah.

Bercakap pada Minggu Tenaga Antarabangsa di Singapura, beliau berkata, akhirnya Malaysia dapat menghasilkan tenaga menggunakan kaedah alternatif dan lebih murah daripada menggunakan minyak, ketika permintaan untuk tenaga sedang memuncak.

Malaysia, katanya, menyasarkan peningkatan tenaga boleh diperbaharui dari 6 peratus kepada 20 peratus pada tahun 2025 dan akan dipacu oleh tenaga solar.

Malaysia, juga kata beliau, merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 500 MW tender pada suku kedua tahun hadapan.

Perubahan itu adalah sejajar dengan pertumbuhan tenaga berasaskan matahari di Asia Tenggara yang tumbuh dengan rancak berikutan harga yang lebih murah dan permintaan untuk tenaga di rantau ini dijangka meningkat sekali ganda menjelang 2040.

Pada masa ini Vietnam menjadi negara paling ke hadapan dalam membangunkan janakuasa tenaga solar di Asia Tenggara. – AGENSI

(Visited 784 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button