Ekonomi

QSR Brands rancang buka 15 restoran KFC akhir tahun ini

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) merancang membuka 15 lagi restoran makanan segera KFC di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata penambahan restoran baharu itu adalah susulan kejayaan pembukaan 30 restoran pada tahun lepas.

“Daripada 15 restoran itu, sekurung-kuranganya enam restoran turut menawarkan kemudahan pandu-lalu.

“Bagi membuka cawagan baharu, kami menjalin usaha sama dengan pemaju perumahan di kawasan yang dikenal pasti kerana mereka (pemaju) percaya jenama ikonik KFC akan menarik lebih ramai penduduk masuk ke kawasan itu,” kata kepada pemberita selepas perasmian Restoran KFC Pandu-Lalu pertama di Perlis, dan cawangan keenam di negeri ini, oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pengerusi QSR Brands, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim turut hadir.

Mohamed Azahari berkata kesemua restoran KFC dilengkapi kemudahan sistem pembayaran elektronik, menggunakan kad debit atau kad kredit serta pembayaran tanpa tunai menggunakan e-dompet.

Beliau berkata kemudahan tersebut akan memberi pengalaman berbea serta memudahkan pelanggan untuk memesan makanan di 740 cawangan restoran KFC di seluruh negara.Terdahulu, Mohamed Azahari menyerahkan zakat perniagaan QSR Brands berjumlah RM60,729 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

— BERNAMA

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button