Ekonomi

Rafidah Aziz letak jawatan Pengerusi AirAsia X

Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

TAN Sri Rafidah Aziz meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas Badan Eksekutif Airasia X Bhd berkuat kuasa 1 Julai ini selepas berkhidmat selama satu dekad.

Menerusi makluman kumpulan Airasia X Bhd itu kepada Bursa Malaysia semalam, Rafidah turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Risiko selain Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.

“…(Tan Sri) tidak lama lagi akan menamatkan tempoh yang dibenarkan sebagai Pengarah bebas.

“(Tan Sri) kemudiannya perlu mematuhi perubahan status daripada ahli lembaga bebas, kepada pengarah bukan bebas, dan keperluan lain yang seterusnya,” kata kenyataan itu.

Rafidah, 78, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 3 Mac 2011 sebelum dilantik semula sebagai pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif kumpulan pada 10 Julai 2013.

Untuk rekod, Rafidah juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan selain Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Semakan Semula Keselamatan kumpulan.

Rafidah sebelum ini adalah seorang Senator dari 1974 hingga 1978 dan sebagai Ahli Parlimen dari 1978 hingga 2013.

Beliau paling lama berkhidmat sebagai Menteri Antarabangsa dan Industri iaitu selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008.

Susulan peletakan jawatan itu, AirAsia X melantik Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang berkuat kuasa semalam. – SM

 

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button