Ekonomi

Alam Maritim raih kontrak lima tahun daripada Repsol

ALAM Maritim Resources Bhd meraih kontrak daripada Repsol Oil & Gas Malaysia Ltd  selama lima tahun bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bawah laut, penyelenggaraan dan baik pulih bagi Blok PM3 di kawasan penyusunan komersial antara Malaysia dan Vietnam.

Penyedia perkhidmatan kapal sokongan luar pesisir itu berkata kontrak itu akan berkuatkuasa pada 30 Jun 2020.

“Mobilisasi kapal pertama akan bermula pada pertengahan Ogos,” menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai nilai kontrak, Alam Maritim berkata ia akan mengikut permintaan pesanan kerja oleh Repsol.

Ia berkata kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih Alam Maritim dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2020 dan selepas itu dalam tempoh kontrak berkenaan. – BERNAMA

(Visited 713 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button