Nasional

Langkawi dibadai ribut, 20 premis rosak

PUTING beliung yang membadai pulau pelancongan Langkawi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 premis dan 15 kenderaan rosak.

Kejadian di Kampung Yooi, Langkawi tengah hari tadi itu berlaku kira-kira 30 minit  yang turut menyebabkan pokok tumbang.

“Angin kencang mengakibatkan 17 rumah dan tiga kedai rosak, selain pokok tumbang merintangi jalan raya berhampiran Masjid Al-Aman, Kampung Yooi.

“Seramai 19 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi dan dua jentera dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan,” katanya seperti yang dipetik daripada Berita Harian.

Menurut, Shahfikri, 15 kereta yang di letakkan  di kawasan sama turut rosak, manakala jalan raya berhampiran lampu isyarat Kampung Chandek Kura dinaiki air.


“Anggota penyelamat terpaksa menggunakan gergaji berantai untuk memotong dahan pokok sebelum mengalihkan bagi membolehkan lalu lintas dibuka semula.

“Selain anggota APM, kerja membersihkan jalan raya dan kawasan terjejas turut disertai pasukan penyelamat lain,” katanya.

Sehingga kini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pasukan penyelamat masih berusaha membersihkan jalan raya dan persekitaran terjejas.

(Visited 76 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button