Politik

Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan

“JAGA kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang.
Memetik laporan BERNAMA, Perdana Menteri, yang enggan melayan perkara berkenaan, hanya menitipkan nasihat tersebut sambil tersenyum, selepas selesai merasmikan program Wacana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir menolak dakwaan beliau terlibat dengan Langkah Dubai yang dikatakan bagi menjatuhkan kerajaan.
Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
Susulan itu, Anwar berkata beliau maklum mengenai Langkah Dubai namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Madani itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya. – SM
(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button