Politik

Setelah ketepikan saya pun Anwar tidak jadi PM – Tun M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal untuk menjadi perdana menteri walaupun selepas menyingkirkan beliau dan kumpulan Pejuang daripada Pakatan Harapan.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar telah menolak cadangan yang dipersetujui oleh Amanah dan beberapa ahli DAP supaya beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan sebelum menyerah kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

“Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, (Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.

“Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM,” terang Dr. Mahathir.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika Anwar sekali lagi mengisytiharkan bahawa dia sudah mendapat cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan, beliau telah menolak sokongan dari kumpulan Ahli Parlimen Pejuang.

Dr. Mahathir berkata, beliau kini tidak lagi mempunyai tempat dalam sebarangan perancangan yang akan diambil oleh Anwar.

“Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.

“Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

“Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar,” kata Dr. Mahathir dalam kenyataan terbaharu beliau hari ini.

Dalam artikel tersebut, Dr. Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak ada perancangan untuk menghalang Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Menurut Dr. Mahathir, peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada Mac lalu tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas beliau meletakkan jawatan.

“Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.

“Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib.

“Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan,” jelas Dr. Mahathir.

 

 

 

 

 

 

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button