Belang Bertempat

Lagu parti: Jangan keterlaluan belasah parti politik

JANGAN Sokong Penyamun itu tajuk lagu baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu parti politik dalam negara kita.

Suatu ketika dahulu, apabila UMNO dan Barisan Nasional menjadi pemerintah dan berkuasa, mereka tidak menggunakan lagu parti untuk menyindir parti-parti pembangkang.

Bukan kerana UMNO-BN bodoh atau buta perut tetapi parti ini lebih cerdik untuk tidak menggunakan lagu menyindir parti-parti lain.

Begitu juga dengan parti PAS yang tidak mempunyai lagu parti yang bersifat menyindir UMNO yang pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an walaupun UMNO dan PAS adalah ‘musuh tradisi’ dalam politik negara.

Kalau ada pun senjata untuk PAS menghamun UMNO pada ketika itu ialalah syarahan atau kempen secara verbal tanpa melodi dan  PAS tampil dengan akhbar tabloid mereka. Itu sahaja.


Jangan nak kata siapa makan cili, dia terasa pedas kerana lagu baru PKR itu liriknya amat jelas dan nyata mengata pemimpin UMNO.

Hari ini, mendengarkan lagu JANGAN Sokong Penyamun melodinya adalah 100 persen dari filem Melayu Klasik, Ali Baba lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Dalam filem itu, 40 orang penyamun menyanyi gembira dengan harta yang disamun daripada penduduk kampung.

Kalau melodi JANGAN Sokong Penyamun solid lagu dari filem Ali Baba, hebat orang dari industri kreatif yang membuat lirik JANGAN Sokong Penyamun  terlepas dari copy rights atau hak cipta.

JANGAN Sokong Penyamun bukan lagu yang kelakar, mendengar liriknya, juga bukan rasa geli hati atau lucu.

Sebaliknya timbul rasa sedih tanpa simpati kerana PKR dan penulis lirik JANGAN Sokong Penyamun tidak langsung tahu pepatah Melayu berbunyi umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Jagalah adap sopan walaupun yang menulis lirik merasakan dirinya betul, liriknya tiada salah kerana sebagai artis, penulis lirik itu juga sudah bersara daripada kanvas seni.

Persoalannya apakah itu yang ditinggalkan oleh penulis lirik JANGAN Sokong Penyamun untuk dikenang oleh para peminat yang pernah menyanjung karier nyanyiannya?

Apakah itu caranya dia mahu dipandang oleh kalangan wartawan hiburan dan pemerhati industri muzik tanah air?

Janganlah terlalu taksub dengan parti, tidak kira masyarakat atau bekas artis mahupun golongan yang terlibat dalam industri kreatif Malaysia.

Berlapiklah dalam hasil penulisan lirik, berlapiklah dalam menghasilkan lagu-lagu parti kalau sekalipun bukan lagu patriotik.

Melayu kan? Berpeganglah kepada adap kerana orang Melayu beradap. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button