NasionalPendidikan

KUIPs bakal terima 250 pelajar baharu 13 Februari depan

SEBANYAK 250 pelajar baharu Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bakal mendaftar di Kampus Kuala Perlis pada 13 Februari depan.

Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pengambilan sesi Februari ini melibatkan 120 pelajar antarabangsa dan 130 pelajar tempatan.

Muhamad Rozaimi Ramle (tengah) melihat cenderamata yang akan diberikan kepada pelajar semasa mendaftar nanti. – Gambar Ihsan KUIPs

“Surat tawaran untuk pengajian telah dikeluarkan oleh KUIPs dan diharap pelajar-pelajar juga telah bersedia untuk mendaftar pada 13 Februari ini,” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat persediaan kemasukan pagi ini.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsanya, Prof Madya Dr Abdul Basir Awang, Pemangku Penolong Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni Dr Mohd Aizul Yaakob.

Katanya, pelajar ini akan mengikuti 24 program pengajian di empat fakulti iaitu Program Pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sementara itu bagi pelajar yang belum membuat permohonan ke KUIPs boleh melayari www.kuips.edu.my.

Syarat dan kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minima tiga kepujian bagi pengajian diperingkat diploma dan minima lima kepujian diperingkat asasi.

Manakala Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) minima PNGK 2.00 untuk Ijazah Sarjana Muda, lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) minima MAQBUL, lepasan diploma minima PNGK 2.50 dan lepasan Asasi minima PNGK 2.00 bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Program pengajian disini mendapat kelulusan dan pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain daripada tenaga dan pensyarahnya yang berkelayakan dan berpengalaman dari dalam dan luar negara.

Pelajar-pelajar dari dalam dan luar negara ini juga diberi tajaan biasiswa penuh pengajian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) termasuk kemudahan dan fasiliti kampus yang lengkap. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button