Nasional

KUIPs akan adakan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menjayakan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah : ‘Women In Search Of Excellence (WISE)’ pada hari khamis ini 23 Disember 2021 bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Tajuk pilihan program pada kali ini yang merupakan Siri Ke-4 ialah ‘Women In Entrepreneurship’ dan boleh dillayari melalui platform : Facebook Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Titah perasmian akan disampaikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manakala titah penutupan pula akan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

Pada jam 9.45 pagi Principal Peta Academy, Marlizaton Omar akan menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemerkasaan Wanita Melalui Keusahawanan’. Ia disusli dengan slot Webibar Pertama dengan topik ‘Intelek Wanita : Profesionalisme dan Keusahawanan’ dengan panelis undangan terdiri daripada Dr. Mashitah Mad Salim (MS Agroz), Adibah Abdul Bari (Pengasas Trulooks) dan Syarifah Fairuz dari KUIPs sebagai moderator.

Slot Webinar Kedua ‘Peranan dan Cabaran Dalam Perniagaan Dari Perspektif Usahawan Wanita’ yang akan dikongsikan oleh Mastinah Mohd Sanim (Azam Motor Banting), Leny Adam (Asianic Halal) dan Dr. Hanis Hazwani dari KUIPs pula ialah dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Ketika memperkenankan keberangkatan baginda, Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa sejak pandemik Covid-19, sektor perniagaan tidak terkecuali mengalami kerugian yang besar dan memberi kesan serius terhadap para usahawan, termasuklah usahawan wanita. Oleh itu, dalam mendepani situasi ini, pelbagai rangsangan dan penjanaan program dilakukan termasuklah pendigitalan operasi perniagaan serta suntikan dana untuk membantu usahawan supaya ‘bangkit’ semula dan terus maju dalam perniagaan.
Baginda percaya, dengan usaha seperti webinar ini, usahawan wanita kita akan terus berdaya saing dalam perniagaan secara domestik dan global seiring perkembangan teknologi tanpa sempadan.

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button