Nasionalpilihan

Lelaki herdik warga emas dikompaun RM1,500 kerana tak pakai pelitup muka

Seorang ‘influencer’ yang tular di media sosial kerana mengherdik seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dikenakan kompaun RM1,500.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun tersebut dikenakan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka semasa berada di pusat tersebut di Jalan Pahang.

“Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi semalam ketika lelaki itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit tersebut.

“Kita juga telah memanggil lelaki itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.20 petang untuk memberi keterangan,” katanya.

Tambahnya, tindakan kompaun itu dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Antara kata-kata yang dilontarkan Carl dalam video berkenaan kepada warga gelandangan di ibu kota adalah seperti berikut :

“Umur berapa? 64? Saya tanya betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak .. tak buat betul-betul? Masa muda dulu menyesal tak banyak main-main, banyak tak buat betul-betul, malas, menyesal tak masa muda?”

Selain itu, Carl turut bertanya sama ada pernah atau tidak golongan gelandangan ini berharap Tuhan menghantar seseorang untuk membuka jalan hidup baharu untuk mereka. -SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button