fbpx
Politik

Kuato haji meningkat sebab populasi bertambah, Najib beritahu Mujahid

Kuota haji yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa meningkat disebabkan jumlah penduduk Malaysia juga bertambah.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kuota haji sesebuah negara ditentukan melalui jumlah keseluruhan penduduk negera berkenaan.

“Amboi. Kekanda happy lepas kata orang Kimanis gelar dia ‘Menteri Haji’, hari ini lagi sangat happy. Dia buat pengumuman bahawa kuota haji rasmi Malaysia telah naik daripada 30,200 kepada 31,600.

“Sebab apa? Sebab kuota rasmi diberikan berdasarkan populasi kita. Populasi kita telah meningkat, maka kuota pun meningkat.

“Letak Khalid Samad ke, si kereta terbang ke, Teresa minum sesudu minyak sawit ke, kuota tetap naik. Letak Mat Sabu untuk buat sambal belacan pun, kuota tetap naik tau,” kata Najib.


Kuota haji rasmi negara-negara  dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1978 di Amman, Jordan.

Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara berkenaan berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mujahid hari ini mengumumkan kuota jemaah haji negara meningkat sebanyak 1,400 orang tahun ini. Najib turut memberitahu di bawah pentabiran Barisan Nasional (BN), Malaysia pernah diberikan kuotan tambahan sebanyak 12,000.

“Cuma nak kata, masa BN tahu tak berapa kuota haji kita dapat? Sekurang-kurangnya 42,200 ya. Saya congak-congak, mungkin tahun ini dah boleh dapat kira-kira 45,000 kuota.

“Ini adalah hasil daripada hubungan baik saya dan BN dengan Raja Arab Saudi. Simpan sikit senyum tu ye kekanda.Eh, ada bila nak sambung lagi warkah dari Cordoba,” kata Najib.

Pada tahun 2017 Malaysia diberikan tambahan kuota haji sebanyak 12,000 orang menjadikan keseluruhan jemaah berjumlah 42,200 orang.

Kuota tambahan itu diberikan oleh kerajaan Arab Saudi hasil hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan nergara tersebut.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button