Politik

Populariti Bersatu merudum, Pas perlukan UMNO

PAS dilihat mempunyai peluang lebih baik jika bersama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang dikatakan akan berlangsung tahun ini.

Ini kerana, populariti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa semakin merudum.

Sekiranya Pas mahu bergantung kepada gabungan Perikatan Nasional (PN), langkah itu didakwa tidak akan membantu Pas untuk mencapai kemenangan lebih besar.

Berbanding UMNO, parti itu dikatakan mempunyai peluang lebih baik berbanding Bersatu dan UMNO dikatakan mampu bertanding walaupun tanpa gabungan Bersatu.

“Tidak mungkin, kerana Bersatu dan PAS juga merupakan parti yang bertenggek atas kekuatan UMNO, malah mereka juga menjadi kerajaan sekarang hanya kerana sokongan UMNO.

“Meskipun mereka (Bersatu dan PAS) ingin bekerjasama untuk pilihan raya akan datang, masih sukar untuk mereka tewaskan UMNO.

“Dengan kekuatan PAS yang sedia ada, lebih baik bekerjasama dengan Umno kalau mahu peluang lebih besar (menang pilihan raya).

“Kalau dengan Bersatu, boleh, cuma populariti Bersatu kian menurut dan mereka akan parti terkesan teruk untuk PRU-15 akan datang ini.”

Demikian analisis yang diberikan bekas Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Dr. Jeniri Amir seperti dipetik laporan Malaysiakini hari ini.

Kata laporan itu lagi, turut menyatakan pendapat sama adalah Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Awang Azman Awang Pawi yang mendakwa UMNO mempunyai akar umbi terkuat berbanding Bersatu dan Pas.

katanya, sekiranya Bersatu dan PAS membuat keputusan untuk melawan UMNO pada PRU-15, ia tidak akan memberi impak yang besar.

“Jika Bersatu dan PAS ambil keputusan untuk lawan Umno pada PRU, saya kira itu tidak akan bawa impak atau mampu tewaskan UMNO.

“Kerana UMNO juga sudah ada keahlian dan sokongan akar umbi yang lebih ramai daripada kedua-dua parti itu.

“Apabila mereka (Bersatu dan PAS) nak lawan Umno ini, dia agak tak relevan,” ujarnya. – SM

(Visited 1,036 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button