Celoteh

Soal akidah jangan buat main-main

NORLIZA ABD. RAHMAN

BETAPA angkuhnya dia apabila tanpa rasa bersalah umum hendak keluar Islam, kononnya tertekan dengan pihak berwajib agama walhal dia sendiri yang memilih gaya hidup yang bercanggah dari fitrahnya sebagai lelaki. Tak habis fikir Mak Teh dibuatnya kerana tindakan dia tu satu penghinaan terhadap agama Islam.

Mak Teh teringat, berani ke bodoh dia ni. Maaf ler perkataan Mak Teh bunyi agak kasau (kasar ler tapi Mak Teh kan orang Melaka) mempersendakan agama dengan memakai telekung ketika berada di Tanah Suci. Sedau ke idok dia ni yang itu satu perbuatan yang sangat biadap. Namun dia tetap menganggap dirinya betul dan orang yang mengkritiknya pula seolah-olah bersalah.

Bagi Mak Teh lah kan… hidup ini jangan sombong, jangan angkuh, jangan takbur. Tapi dia … Begitulah betapa sombongnya seorang individu yang diuji dengan kekayaan apabila perniagaan yang diusahakan memberinya kemasyhuran.

Tambahan pula dia mendapat sokongan padu dari ibu dan ayah kandungnya yang seolah-olah perlakuan dan perbuatan dia tidak bercanggah dengan hukum hakam dan kejadian Allah.

Mak Teh tidak nafikan, kita hidup ni perlu duit tapi demi wang ringgit, sepatutnya individu terhampir yang sepatutnya menegur dan membawanya kembali ke pangkal jalan, tidak melakukannya. Bahkan dilihat sanggup bersekongkol dengan membiarkan si anak hanyut dengan dunia ciptaannya sendiri.

Dalam soal agama terutamanya apabila menyentuh isu berrkaitan akidah, ia bukanlah satu perkara main-main.
Betapa sakitnya hati umat Islam melihat betapa sombongnya individu tersebut apabila dia cuba mempertahankan perbuatan salahnya sehingga sanggup pula isytihar keluar Islam semata-mata enggan dikenakan tindakan.

Keluar Islam di sini bermaksud murtad dan apakah itu satu perbuatan yang harus dibiarkan dan melihat sahaja dia begitu? Siapakah yang mahu dicabarnya dengan pengumumannya itu? Pihak jabatan agama Islam, ustaz-ustaz, alim ulama atau itu adalah satu escapisme bagi dirinya yang mahu melarikan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Pada pengamatan Mak Teh, memang ada segelintir pihak yang begitu taksub dengan dia ni sehingga menyokong perbuatan salah individu tersebut. Ingatlah bahawa salah tetap salah, cara tidak menghalalkan perbuatan.

Agama bukan milik individu yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati dan sesedap rasa. Dilahirkan sebagai seorang Islam, memilih murtad hari ini. Betulkah perbuatan itu? Mak Teh minta dan doa jauhkanlah daripada kaum keluarga kita daripada murtad. Bukan menghina tapi sekadar peringatan kepada diri sendiri.

Wang ringgit yang membukit, kilauan emas yang menyaluti tubuhnya yang seksi (seksi macamana pun kau tetap jantan) tidak mampu menundukkan rasa sombong dalam diri lelaki itu untuk sujud menginsafi kesalahan diri dan kembali ke pangkal jalan.

Barangkali, selagi belum ditimpa ujian dan musibah, selagi itulah dia masih menganggap tongkat sakti masih ditangannya untuk menongkat langit, bertambah riak apabila produk jualannya terus mendapat sokongan dan mampu menjana pendapatan ratusan ribu ringgit.

Mak Teh tertanya-tanya, kenapa mesti mengikut hawa nafsu? Cantik sangatkah kamu sehingga menganggap diri lebih ayu dari wanita sejati sedangkan muka keras kau tu sebagai lelaki tetap terserlah di sebalik solekan setebal satu inci.

Kalau kau anak jantan keluarlah dari persembunyian, bertarunglah sebagai anak jantan, buktikan kepada pihak berkuasa agama jika perbuatan kamu itu betul dan mereka salah. Bukan Mak Teh nak cabar tetapi ini adalah kebenaran. Jangan sembunyi, nak menyorok kat mana mamat oii?

Baru-baru ini Mak Teh berkesempatan makan tengahari dengan seorang rakan yang bertugas sebagai pegawai polis. Isu lelaki mengaku murtad itu turut menjadi perbualan kami.

Kata kawan Mak Teh, kalau kena tahan atau kena tangkap, dia tetap akan diletakkan dalam lokap lelaki, jangan harap nak duduk dalam lokap wanita. Jangan mimpi la nak duk dalam lokap wanita kerana ko tu memang jantan.

Mak Teh rasalahkan, isu murtad ini perlu ditangani dengan sebijak-bijaknya oleh pihak berkuasa agama supaya kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dijadikan alasan oleh pihak tertentu demi kepentingan diri dan untuk sewenang-wenangnya menukar agama.

Mak Teh bukanlah bermaksud menghina sesiapa pun menerusi catatan kali ini tetapi apa yang dilakukan oleh dia tu, membuatkan Mak Teh rasa mual dan hilang mood nak memasak.

Minggu ni kita rehat tak masak. Kita beli tapau aje la sambil kita menjalankan segala urusan harian kita dengan ingat kepada Allah, kerja adalah satu ibadah.

Memohon yang baik-baik daripada Allah dalam lima waktu yang dikerjakan dan kesejahteraan ke atas kehidupan kita di atas bumi yang fana ini.

Ingatlah bahawa dunia hanya pinjaman semata-mata yang kekal adalah akhirat kelak. Selamat berhujung minggu semua. – SM

(Visited 585 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button