CelotehNasional

Kena Saman RM50K Depan Rumah Sebab Langgar SOP Bukti Kukuh Rakyat Dilarang Miskin

Terbakar hati penulis apabila mendapat tahu seorang peniaga burger kena saman maksimum sehingga RM50,000 hanya kerana terbabas meniaga daripada waktu yang ditetapkan.

Lebih mengejutkan, lelaki itu bukannya meniaga di kaki lima atau kawasan terbuka yang ramai orang lalu-lalang sebaliknya di tangga hadapan rumahnya sahaja.

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Apa sudah jadi dengan kedaulatan orang Melayu di Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia?

Mengapa rakyat berbangsa Melayu yang selayaknya diangkat jadi tuan tanah dilayan oleh Melayu yang berkuasa pada taraf yang sungguh hina?

Jelas di sini perbuatan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman maksimum sehingga RM50,000 kepada seorang Melayu ibarat mencurah minyak ke dalam api yang marak.

Sudahlah rakyat semakin miskin dengan keadaan ekonomi semasa, ditambah pula dengan kompaun mengarut atas alasan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh manusia.

Sedangkan kalau ikut rukun negara, yang ada cuma :

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada raja dan negara
  3. Keluhuran perlembagaan
  4. Kedaulatan undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan

Namun apa yang rakyat lihat hari ini, aspek pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan awal-awal lagi sudah dibuang oleh mereka yang berkuasa.

Ibarat sedang menyuntik darah sekular dalam generasi hari ini untuk terbiasa dengan norma baharu yang boleh mengetepikan aspek agama atas alasan agama ‘menyuruh;.

Bab kesetiaan kepada raja dan negara pun semakin hari semakin retak apabila orang bukan Melayu semakin ramai sudah lupa apa janji keturunan mereka yang hadir dan menetap di negara ini.

Lihat sahaja kes terbaharu yang masih hangat lagi dibicarakan.. kenapa sampai begitu ia terjadi? Kerana elemen kesetiaan kepada raja dan negara itu tiada yang terapkan.

Siapa yang patut terapkan? Pastilah pemimpin negara namun yang rakyat terpaksa bersetuju hari ini, bagaikan ahli politik lebih berkuasa malah mengatasi kedaulatan undang-undang.

Rakyat sudah penat.. kalau tidak penat, tidaklah rakyat marah. Rakyat bagi peluang, bukan untuk dicurang. Selesaikan permasalah rakyat, negara aman makmur. #resetmalaysia

(Visited 821 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button