Nasionalpilihan

KPDN komited dalam laksana Jualan Rahmah Bergerak

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh hari ini telah menyempurnakan upacara “Flag Off” lori Jualan RAHMAH Bergerak Peringkat Kebangsaan yang diadakan bersempena Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada hari ini, sebanyak 16 lori telah dihimpunkan dari seluruh Negara untuk turut serta di dalam acara “Flag Off” Jualan RAHMAH Bergerak #KedaiCariRakyat.

Jualan RAHMAH Bergerak ini ianya mempunyai kelebihan di mana lori-lori Jualan RAHMAH Bergerak dapat di pastikan sampai secara terus kepada golongan sasar.

Pelaksanaan berkonsepkan “Kedai Cari Rakyat”, ianya mampu dilaksanakan di tempat berbeza pada hari yang sama, di mana lori yang membawa barang-barang keperluan asas harian mampu masuk ke kampung- kampung, kawasan B40, kawasan PPR dan taman perumahan kos rendah, kemudiannya terus membuat jualan di kawasan tersebut.

Sehingga 29 Julai 2023, Program Jualan RAHMAH Bergerak sejak ianya dilancarkan buat pertama kali pada 16 Jun 2023 telah berjaya dilaksanakan di 396 lokasi berbeza di seluruh negara, dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak & Tugas-Tugas Khas) Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof serta Pegawai Kanan Kementerian. – SM

Artikel berkaitan > Jualan Rahmah diadakan dua kali sebulan untuk tangani kos sara hidup

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button