fbpx
Nasional

Ahmad Zahid bebas Covid-19

KEPUTUSAN ujian kesihatan Covid-19 kedua yang dijalankan ke atas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah negatif.

Keputusan itu baharu diperolehi dan dimaklumkan menerusi khidmat pesanan aplikasi WhatsApps kepada SUARA MERDEKA.

“Ujian Covid-19 disahkan bahawa saya negatif,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid turut mendoakan rakan-rakan lain yang berada di Sabah sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) dilindungi Allah SWT.

Selain Ahmad Zahid beberapa pemimpin politik yang berkempen di Sabah turut menjalani ujian yang sama termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii.


Sementara itu, Peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd. Noh memberitahu, ini adalah test yang paling konklusif.

“Semalam rapid test negatf, hari ni RT-PCR test juga negatif,” kata beliau.

Sebelum ini perbicaraan kes membabitkan Ahmad Zahid ditangguhkan berikutan kebimbangan Presiden UMNO itu terdedah kepada jangkitan Covid-19 semasa berkempen di Sabah.

Laporan Kementerian Kesihatan semalam:

  • Sabah: 60 kes
    • 41 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 34 warganegara dan tujuh (7) bukan warganegara;
    • Enam (6) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Enam (6) kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan tiga (3) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Bangau-Bangau, iaitu kluster baharu di Semporna, yang melibatkan empat (4) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan warganegara. – SM

 

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button