Nasional

KPD Petaling Jaya jalani kuarantin kendiri kali kedua

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal terpaksa menjalani kuarantin kendiri kali kedua selepas mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

Menurutnya, dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah sehingga 23 November selepas bertemu dengan orang kena tuduh (OKT) yang disahkan positif Covid-19.

“Memang menjadi tugas saya untuk menguruskan dan melawat sekerap mungkin tujuh lokap di bawah bidang kuasa saya.

“Rutin harian untuk saya memeriksa lokap ialah sebelum masuk ke pejabat dan sebelum pulang ke rumah termasuk pada hari sabtu dan ahad,” katanya.

Jelasnya, selain memeriksa dan memastikan tarikh tahanan reman, pihaknya juga mengambil berat mengenai keadaan OKT di lokap.

“Selalunya memang ada perbualan bersama dengan OKT ketika saya melawat lokap setiap hari,” ujarnya.

Nik Ezanee berkata, dia sudah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan mengharapkan keputusan yang baik pada dirinya.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Nik Ezanee menjalani kuarantin kendiri dengan kali pertama ialah pada 12 Oktober lalu.

Beliau mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai perubatan Daerah Petaling yang sebelum ini menghadiri mesyuarat bersama pengurus keselamatan Tropicana yang disahkan positif Covid-19. -SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button