Nasional

Dua anggota polis trafik ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menahan dua anggota polis trafik kerana dipercayai meminta rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang individu yang mempunyai waran tangkap.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berpangkat Lans Koperal itu telah meminta wang tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu terlibat yang mempunyai waran tangkap atas kesalahan lampau.

Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia 27 dan 30 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi semalam namun dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Pu  trajaya Tuan Hasbillah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button