Luar Negara

Korban gempa bumi Jepun meningkat kepada 78 orang

JUMLAH kematian akibat gempa bumi di Ishikawa Jepun meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis.

Ini ekoran selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.

Memetik laporan Xinhua, pihak berkuasa tempatan memberitahu, bandar Wajima paling teruk terjejas dengan 44 kematian direkodkan.
Dalam satu siri gegaran susulan pada Khamis hampir 95,000 keluarga mengalami gangguan bekalan air di beberapa bahagian Ishikawa akibat kerosakan paip air. – SM
(Visited 27 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button