Ekonomi

Kontrak tenaga diperbaharui disasar buka 18,000 peluang kerja

SEBANYAK 18,000 peluang pekerjaan dijangka dapat ditawarkan melalui projek solar berskala besar dan bumbung yang diumumkan kerajaan hari ini.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memaklumkan, kontrak tender bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE) satu gigawatt (gW) dan 500 megawaatt (mW) diumumkan sebagai langkah pemulihan ekonomi.

Kontrak tersebut dijangka dapat memanfaatkan nilai pelaburan berjumlah 1.5 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM6.07 bilion) sebagai satu inisiatif memulihkan ekonomi daripada impak wabak Koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, untuk memastikan matlamat itu tercapai, projek tersebut mestilah mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha tempatan.

“Kami berpandangan, perkembangan sektor RE adalah langkah paling cepat dan meyakinkan untuk pemulihan ekonomi.

“Inisiatif ini dianggarkan memanfaatkan pelaburan 1.5 bilion Dolar AS dan mewujudkan 18,000 peluang pekerjaan baru.

“Malaysia akan terus memanfaatkan peluang tersebut untuk menarik lebih banyak pelaburan untuk transformasi tenaga bersih termasuk dalam menerajui dan meningkatkan pembangunan dan pengembangan RE.

“Kami menjangkakan bahawa penggunaan RE di Malaysia akan terus berkembang dan menetapkan sasaran 31 peratus RE dalam kapasiti kuasa di 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.”

Demikian kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam ucapannya di perhimpunan Agensi Tenaga Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) yang berlangsung pada 18 dan 19 Januari secara dalam talian.

SHAMSUL ANUAR NASARAH

Katanya, pembangunan RE dipercayai menguntungkan rakyat dan negara melalui pekerjaan, kesan berganda dan pengayaan dengan pengurusan yang mudah.

“Oleh demikian, kami berharap dapat melibatkan diri untuk belajar dan bekerjasama dalam transformasi bidang tenaga bersih dan boleh diperbaharui daripada para perwakilan yang hadir.” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar yakin terhadap pemulihan ekonomi melalui pembangunan RE jika krisis kesihatan melibatkan pandemik Covid-19 menemui jalan keluar pada Jun ini.

“Laporan daripada agensi mengenai pemulihan dalam pasca Covid-19 menunjukkan tindakan terbaik daripada IRENA dalam meningkatkan peluang dan kemampuan untuk merancang pemulihan ekonomi melalui perubahan kepada agenda pembangunan mampan.

“Justeru, saya menyampaikan penghargaan kepada Pengarah dan pasukannya dalam usaha berterusan membawa pembanguan RE ke peringkat global,” ujarnya. – SM

 

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button