Nasional

Sekolah Angkat Gading Kencana Terima Sumbangan Daripada Pengguna Solar

Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan sekolah kepada dua sekolah angkat Gading Kencana.

Dua sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Mengkuang dan SK Bonapdane yang masing-masing berpusat di Bidor, Perak.

Sumbangan tersebut merangkumi pakaian sekolah, kasut, sarung kaki dan beg sekolah yang semuanya berjumlah 116 set.

Menurut kenyataan syarikat tersebut, ia merupakan program tahunan Gading Kencana semenjak tahun 2019 dan sumbangan dibuat menerusi pembelian solar oleh para pengguna!
Jom pasang > Solar Rakyat
(Visited 26 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button