Sukan

Prof Bad dipilih semula Naib Presiden III KGP

Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Profesor R. Badlishah Ahmad dipilih semula sebagai Naib Presiden III Kelab Golf Putra (KGP) Perlis bagi Sesi 2022-2024 dalam Mesyuarat Agung Kelab Golf Putra Kali ke-45 yang diadakan di Bangunan KGP Perlis, Jalan Sungai Batu Pahat Kangar baru-baru ini.

Lima Ahli Jawatankuasa dipilih adalah Mohd Azan Yaakob, Jasni Mohamed Ismail, Zulkifli Said, Mohd Nizar Mohd Shahab dan Wan Mohd Zaki Wan Abd Razak.

Zulfatah Zulkarnain dan Mohd Yazid Ibrahim pula dipilih sebagai Pemeriksa Kira-Kira.

Dalam titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Presiden Kelab, baginda memaklumkan bahawa pihak Pengurusan KGP Perlis kini sedang dalam proses pembentukan Pengurusan Perancangan Strategik dalam menilai semula dan menentukan arah tuju KGP Perlis.


Peringkat penilaian awal telah selesai dilaksanakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri.

Ia kini akan memasuki fasa kedua. Adalah diharapkan dengan pembentukan Pengurusan Perancangan Strategik KGP Perlis dan sokongan ahli-ahli KGP Perlis akan lebih membawa KGP Perlis kepada satu tahap yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Tuanku Raja Muda juga amat berharap supaya ahli-ahli KGP Perlis terus mematuhi segala SOP yang dikeluarkan oleh pihak MGA dan mempertingkatkan Etika Golf demi menjaga nama baik Kelab Golf Putra Perlis ini.

Di majlis yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyaksikan penyerahan mock cek sumbangan bernilai RM10,000 daripada UniMAP dan IR-SAF Holiday & ExpressSdn Bhd untuk tujuan ‘Pembangunan dan Kajian Sistem Elektronik Untuk Menghalang Gangguan Khinzir Liar Di Padang Golf’ dengan kerjasama UniMAP, UUM dan juga KGP Perlis sendiri.

(Visited 89 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button