Pendidikan

UPSI, Synergy Generated, Bina Sistem Solar Dwifungsi Terbesar Di Kampus

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal membina sistem solar Dwifungsi terbesar di kampus dan akan mewujudkan inisiatif bertepatan dengan objektif strategik UPSI ke arah pembangunan kampus pintar, digital, lestari dan mesra persekitaran.

UPSI, Synergy Generated, Bina Sistem Solar Dwifungsi Terbesar Di Kampus

Kelmarin telah berlangsungnya majlis Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (Supply Agreement – Renewable Energy, SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategik Synergy Generated Sdn Bhd.

Bagi membina panel solar photovoltaics (PV) di kampus pusat pengajian tersebut.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, selaras dengan hasrat universiti yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kerjasama antara UPSI Holdings dengan Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB) akan memberi manfaat dan penjimatan.

“Projek solar fasa pertama di kawasan Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City ini bakal memberi maanfaat dan penjimatan sebanyak RM13.5 Juta dan pengurangan pelepasan gas karbon sebanyak 56,000 tan sepanjang tempoh konsesi

selama 20 tahun menerusi lapan kawasan pembinaan seperti dewan terbuka, parkir berbumbung serbaguna kompleks sukan, tapak pesta konvokesyen, bangunan fakulti, masjid dan beberapa kawasan lain dengan panel solar berkapasiti 3.24MWp,” jelasnya semasa ucapan aluan Majlis Memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) antara pihak UPSI dengan Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB)  dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta surat tawaran antara SGSB dengan Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB) di Dewan Muallim Scholar’s Suites, malam tadi.

Menurut Md Amin lagi, kerjasama itu juga bakal membuka lebih banyak potensi penyelidikan, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan kepada graduan UPSI yang berminat menceburi bidang Tenaga Boleh Baharu (Solar Photovoltaic).

“UPSI juga perlu melaksanakan projek-projek yang membantu meningkatkan kelestarian kampus dan alam sekitar sekaligus meningkatkan penarafan universiti ini dalam UI Green Metric World University Ranking berkenaan inisiatif hijau,” jelasnya.

Untuk rekod, UPSI berada di kedudukan penarafan 132 di dunia tahun 2022 dan inisiatif ini bakal melonjakkan kedudukan yang lebih baik pada tahun ini.

Syarikat SGSB jelasnya, merupakan syarikat SARE yang didaftarkan pada 2010 dengan misi menceburi sektor tenaga boleh baharu.

“Pihak pengurusan terdiri daripada profesional dan pakar di dalam bidang teknologi PV dan sistem penghantaran serta pembahagian dengan gabungan 45 tahun pengalaman.”

“Sehingga kini, SGSB telah terlibat di dalam kerja-kerja kejuruteraan dan merekabentuk sistem solar PV berskala besar dan komersil dengan jumlah kapasiti melebihi 165MW,” jelasnya.

SGSB juga adalah pemilik dan operator bagi dua buah ladang solar PV di Terengganu dengan ladang yang pertama telah beroperasi pada tahun 2014 menjadikan ianya adalah ladang solar pertama di negeri tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif SGSB, Datuk Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Ketua Pegawai Pelanggan TNB, Nasaruddin Mohd Zaini, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Institusi Perbankan Bank Islam Berhad, Sharifah Sarah Syed Mohamad Tahir, Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Burak dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Artikle Berkaitan

UPSI Ungguli Pertandingan Videografi Warna Warni Alor Gajah 2023

UPSI kerjasama tiga organisasi perkasa bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button