Nasional

Khemah solat bagi kemudahan selepas berbuka

SEJAK negara memasuki fasa peralihan endemik, orang ramai mula menjalankan aktiviti seperti biasa dan tidak terkecuali aktiviti berbuka puasa beramai-ramai di tempat terbuka seperti di Dataran Lembah Sireh, Kelantan.

Fenomena berbuka puasa sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Dataran berkenaan menarik orang ramai untuk tidak melepaskan peluang malah menjadi satu tarikan yang luar biasa kepada penduduk di Kelantan.

MPKB membersih dan memasang khemah di kawasan Dataran Lembah Sireh, Kelantan.

Memenuhi keperluan penduduk, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kini giat menyediakan kemudahan tempat solat bagi mereka yang ingin berbuka di Dataran Lembah Sireh.

Pihak Majlis dengan kerjasama Syarikat Liziz Standeco Sdn. Bhd mengambil inisiatif menyediakan khemah solat yang lengkap dengan tempat berwuduk dan pencahayaan.

Inisiatif berkenaan dilihat sebagai salah satu usaha dakwah dan seterusnya memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan solat selepas berbuka puasa. – SM


(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button