fbpx
NasionalUncategorized

Rayhan Kabir diusir selama-lamanya dari Malaysia

LELAKI warganegara Bangladesh yang sebelum ini dikehendaki kerana mengeluarkan kenyataan berat sebelah terhadap negara akan diusir selama-lamanya dari negara.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki itu juga telah disenarai hitam daripada masuk ke dalam negara.

Md Rayhan Kabir sewaktu ditahan pada petang semalam di Setapak, Kuala Lumpur. -Gambar ihsan Imigresen

“Md. Rayhan Kabir telah ditahan oleh Unit Risikan Operasi Imigresen Putrajaya pada petang semalam kira-kira pukul 5.45 petang di Setapak, Kuala Lumpur.

BACA> Md Rayhan Kabir dah ditahan

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.


Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

BACA> Mana nak lari Rayhan Kabir?

Kenyataannya itu ternyata berbaur fitnah dan dia bukan sahaja diburu Imigresen, malah netizen juga kerana mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej negara dalam soal pengawalan pendatang asing tanpa izin (PATI). -SM

Show More

Related Articles

Back to top button