Nasional

KJ terima suntikan vaksin Sinovac

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin hari ini telah menerima suntikan vaskin Covid-19, Sinovac.
Dalam hantaran di Facebook, beliau menerima suntikan itu di Hospital Rembau.
“Saya baru selesai menerima suntikan pertama dos vaksin Sinovac. Vaksinasi sebentar tadi dilaksanakan oleh pegawai vaksinasi, Puan Salha Abdul Samad iaitu Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau.
“Dengan selesainya vaksinasi sebentar tadi, maka bermulalah secara rasmi penggunaan vaksin Sinovac di dalam potfolio vaksin Covid-19 di Malaysia,” katanya.
Khairy berkata, Vaksin Sinovac telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac 2021 selepas melalui penilaian ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Katanya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu dengan vaksin Sinovac. Vaksin ini telah terbukti selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit Covid-19 dan telah digunakan di 27 buah negara seperti China, UAE, Indonesia, Turki dan Brazil melibatkan lebih 60 juta dos.
“Ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan serta seluruh warga kerja Hospital Rembau yang bertungkus lumus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.
(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button