Politik

Khairy sedia berbincang dengan Tok Mat

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin sedia berunding dengan Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung hasrat Timbalan Presiden UMNO itu untuk bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara ‘adik-beradik’ kerana Mohamad Merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau dan beliau pula Timbalan.

“Perkara ini boleh dibincangkan kerana Tok Mat dan saya daripada bahagian yang sama iaitu beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau manakala saya pula Timbalan UMNO Bahagian Rembau.

“Jadi biarlah kita berbincang dalam konteks ‘adik-beradik’ Rembau sebelum membuat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa makan tengah hari bersama jentera Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Besout 2, Slim River, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta menguas kenyataan Mohamad bahawa beliau akan bertanding di Parlime Rembau pada PRU15.

Mohamad pada masa ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau.

Mohamad berkata, berdasarkan kedudukan dalam parti maka beliau perlu memainkan peranan di peringkat nasional.

“Saya kena pergi pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen di Rembau.

“Disebabkan dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain.

“Saya pula tak tahu nak pergi ke mana. Ini kawasan saya dan sebagai Ketua Bahagian UMNO saya menawarkan diri di sini,” katanya.

Difahamkan Khairy bakal bertanding Parlimen Tampin yang jatuh ke tangan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14 lalu. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button