Politik

UMNO tewas kerana masalah terpalit pada pemimpinnya

1. UMNO menyambut Hari Kelahirannya pada 11 Mei 2022 yang ke 76 tahun.

Sudah 7 abad ataupun lebih 70 tahun UMNO berada di Persada Politik Negara.

2. Semenjak Merdeka tahun 1957 UMNO menguasai Kerajaan Persekutuan sehinggalah UMNO hilang kuasa pada 9 Mei tahun 2018.

Di bawah kepimpinan DS Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, UMNO kehilangan kuasa.

3. UMNO hilang kuasa apabila bekas Presiden UMNO sendiri yang menikam UMNO di Pilihanraya Umum ke 14.

Sesungguhnya UMNO hanya mampu di kalahkan oleh bekas-bekas pemimpin terdahulu UMNO sendiri.

4. Apa pun, perlu di peringatkan bahawa UMNO kalah bukan kerana Rakyat tersalah pilih ataupun Rakyat tertipu dengan janji-janji manis dari Pemimpin Pakatan Harapan.

Tetapi UMNO kalah kerana isu-isu yang terpalit di dada pemimpin UMNO ketika itu, yang tidak berjaya di terangkan dan di selesaikan.

Isu Skandal Kewangan Terbesar di Dunia 1MDB, tidak di selesaikan oleh UMNO dan Kerajaan yang memerintah ketika itu.

5. Kesalahan Pemimpin UMNO yang merupakan Kerajaan ketika itu, mahu berdagang dan berniaga menggunakan Entiti bernama 1MDB, membawa padah, bencana dan mengundang pelbagai reaksi dari Rakyat menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional-UMNO akhirnya jatuh dan tersungkur.

6. Sekiranya ketika itu, sebelum 09 Mei 2018, Pemimpin Tertinggi UMNO mengundurkan diri dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin pelapis menggambil alih, besar kemungkinan UMNO tidak akan berhadapan dengan kekalahan.

Tun Mahathir mengundurkan diri pada tahun 2003, untuk memberi laluan kepada Tun Abdullah membawa UMNO-BN menang besar pada Pilihanraya Umum tahun 2004.

Tun Mahathir mengundurkan diri tepat pada waktunya setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Umum tahun 1999, banyak memperlihatkan sokongan dan popularity beliau sudah menurun akibat perbalahan dengan Anwar Ibrahim, yang ketika itu di penjarakan.

7. Kini, walaupun UMNO belum menang Piluhanraya Umum, pemimpin UMNO kembali menguasai Kerajaan dengan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri.

Walaupun pada ketika ini, BN-UMNO menguasai Kerajaan Persekutuan dengan berkongsi kuasa di dalam satu Kerajaan Campuran bersama Perikatan Nasional, setidak-tidaknya, Negara berada di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi negara serta kehidupan rakyat setelah di landa Tsunami Pandemik Covid.

8. Siapa sangka pada tahun 2020 sehingga 2022, 2 tahun Negara dan Dunia berhadapan dengan suatu Pandemik yang telah meragut berjuta nyawa seluruh dunia.

Pandemik seumpama ini hanya berlaku 100 tahun sekali.

9. Adalah menjadi harapan Rakyat terutamanya Orang-Orang Melayu di Negara ini, agar kekalahan UMNO pada 09hb. Mei 2018, hanya berlaku ……

*61 TAHUN SEKALI.*

10. Negara dan Rakyat kelihatan amat selesa dengan kepimpinan yang di tunjukkan oleh Ismail Sabri setakat ini.

Keperihatinan beliau terhadap rakyat yang berhadapan dengan Pandemik Covid semenjak beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan dan merupakan Juru Cakap Utama Kerajaan ketika itu, sering memberikan ketenangan kepada rakyat yang berhadapan dengan satu wabak penyakit yang boleh membawa maut.

Langkah-langkah yang di ambil ketika itu di bawah Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, terbukti hari ini, adalah tepat dan berkesan kerana pada hari ini negara sudah berada pada tahap *ENDAMIK*, dan dalam proses pemulihan.

11. Dan apabila Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan agar Ismail Sabri di kekalkan sebagai Poster Boy ataupun Calon Perdana Menteri dari UMNO untuk Pilihanraya Umum ke 15 nanti, ini memberikan satu Sinar Baru kepada landskap politik negara, di mana peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti UMNO akan berlaku.

Negara perlukan satu perubahan yang Dynamik terhadap kepimpinan UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO pula, perlu mempunyai rasa tanggung-jawab yang tinggi untuk mengundurkan diri tepat pada waktunya (the correct timing to let go).

Untuk memberi nafas dan harapan baru kepada negara dan orang-orang Melayu, pemimpin-pemimpin lama ini perlu mengundurkan diri dan memberi laluan kepada barisan pelapis untuk terus membawa *OBOR PERJUANGAN* ini mara kehadapan, demi memastikan UMNO terus relevan dan di terima oleh Rakyat Negara Malaysia.

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button