Politik

Bersatu umum bantuan banjir RM1 juta, kerah ahli bantu mangsa

PRESIDEN Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengumumkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Bersatu kali-4, Muhyiddin turut mengerahkan semua jentara Bersatu membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

“Sebaik sahaja selesai perhimpunan ini, saya arahkan jentera parti untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejss untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya juga bersetuju Bersatu melancarkan Tabung Bantuan Banjir 2021 dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,” katanya.

Peruntukan RM1 juta yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan dan mengalami kerosakan harta benda.

Beliau yang sedar ada perwakilan yang gundah berikutan banjir yang melanda turut membenarkan mereka pulang segera ke kawasan masing-masing sebaik sahaja beliau selesai memberi ucapan.

Katanya, perhimpunan agung tahunan itu terpaksa diadakan hari ini kerana mematuhi Perlembagaan parti serta Akta Pertubuhan.

“Namun, sebaik sahaja selesai perhimpunan ini, saya arahkan jentera parti untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa banjir.

“Saya juga bersetuju supaya BERSATU melancarkan Tabung Bantuan Banjir 2021 dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Saya berdoa mudah-mudahan kita semua selamat daripada musibah banjir yang sedang melanda negara ini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Bersatu Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah turut mengumumkan agar persidangan tahunan itu diadakan secara ringkas dan padat serta akan ditamatkan dengan segera bagi membolehkan perwakilan pulang dan membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan masing-masing.-SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button