Politik

Kesempatan Fadhlina ziarah kediaman keluarga Nik Abdul Aziz raih perhatian netizen

Kesempatan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menziarahi kediaman keluarga pemimpin ulama, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya meraih perhatian netizen.

Perkara itu dikongsikan oleh Fadhlina menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya pada Sabtu.

Selain itu beliau berkata, anak lelaki bekas Menteri Besar Kelantan yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut membawanya melawat kawasan Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu.

“Berkesempatan ziarah ke rumah Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak di Pulau Melaka.

“Kemudian, anakanda beliau, Ustaz Nik Mohamad Abduh membawa saya melawat Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah,” katanya dalam ciapan Twitter pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu, Pas menggugurkan Nik Mohamad Abduh sebagai calon parti itu dan kerusi yang ditandingi sebelum ini diberikan kepada Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Nik Mohamad Abduh dan Nik Omar sebelum ini dilihat tidak ‘sekepala’ susulan kedua-duanya memilih haluan politik berbeza.

Pada 12 Mei lalu, dua keping gambar memaparkan Nik Mohamad Abduh ‘duduk’ bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial pada Jumaat.

(Visited 521 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button