Politik

Zuraida nafi jumpa PM secara berasingan

Jawatan menteri yang disandang, mahu terus diduduki

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara berasingan bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri.

Zuraida sebaliknya berkata, beliau bertemu Ismail dalam mesyuarat Kabinet pagi ini.

“Pagi ini saya hadir mesyuarat Kabinet,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas pertemuannya dengan Ismail Sabri.

Ditanya sama ada Perdana Menter sudah memanggilnya, Zuraida hanya menjawab ringkas, “Belum”.Ads by

Terdahulu, media melaporkan Zuraida bertemu Ismail Sabri sebelum mesyuarat Kabinet dipercayai berkaitan tentang kedudukan beliau sebagai menteri selepas mengumumkan keluar daripada parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).


Untuk rekod, pelantikan Zuraida menjawat jawatan menteri adalah atas tiket Bersatu dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu jawatan menteri itu dikembalikan kepada Bersatu.
Difahamkan, Zuraida sudah dua kali menyertai mesyuarat Kabinet sejak pengumumannya menyertai PBM pada 8 Jun lalu yang dilaksanakan secara fizikal.

Semalam, Muhyiddin menggesa Ismail Sabri supaya segera membuat keputusan mengenai jawatan menteri yang disandang oleh Zuraida.

Ini kerana kata Muhyiddin, Bersatu sudah mempunyai calon untuk menggantikan Zuraida dan tegas Muhyiddin, beliau sedang menunggu untuk bertemu Ismail Sabri bagi membincangkan tentang perkara ini.

Pada Ahad baru-baru ini, Zuraida berkata, beliau berharap Ismail Sabri akan membenarkannya terus memegang jawatan itu kerana perlu menyelesaikan banyak program yang dimulakannya. – SM

(Visited 46 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button