Rencah HidupUncategorized

Sempena Perayaan Deepavali: Rangoli cantik di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah

MASYARAKAT India di negara ini bakal meraikan sambutan perayaan Hari Deepavali yang jatuh pada hari Ahad, 23 Oktober.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluangkan masa merasmikan hiasan lantai tradisional rangoli atau kolam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Amirudin turut menyalakan lilin pada hiasan berbentuk bunga teratai yang diperbuat daripada beras berwarna-warni di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri itu.

Amirudin yang tiba pada pukul 9 pagi tadi turut diiringi Exco Perumahan Rodziah Ismail dan Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor seperti dilaporkan Selangorkini.

Kolam rangoli sinonim dengan perayaan Deepavali yang mana penganut Hindu akan menghiasi kediaman masing-masing dengan kolam ini sebagai tanda kesejahteraan kepada setiap isi rumah berkenaan. – SM

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button