Hiburan

Selepas 34 tahun ND Lala ceraikan isterinya melalui WhatsApp

Bapa kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu ND Lala atau nama sebenar Datuk Amir Amzah Salleh menceraikan isterinya Datin Fauziah Sarman pada 8 Ogos 2023.

Ibu Shila Amzah diceraikan oleh Suaminya, Datuk Nd Lala

Berita duka itu dikongsikan oleh Fauziah menerusi laman sosial Instagram
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-NYA dan kekuatan kasih sayang ALLAH, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam 8 Ogos 2023 melalui Whataspp.

Walaupun rumah tangga yang terbina selama 34 tahun musnah, namun Fauziah mengatakan dia reda memandangkan telah diberi kekuatan yang cukup besar oleh Allah S.W.T untuk melalui semua dugaan ini.

Alhamdulillah, ALLAH telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-ALLAH.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” Kongsi Fauziah.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan bernikah lagi bersama wanita muda.

semasa majlis pertunagan Shiela Amzah

Dan rumah tangga pasangan tersebut dikatakan berantakan. Namun Shila menafikan spekulasi dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

Pada pernikahan Shila Amzah dan influencer terkenal, Ubai pada 5 Ogos lalu, ND Lala hadir sebagai wali pernikahan tetapi bergegas pulang dan enggan ditemu ramah oleh media.

ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Artikle Berkaitan:>

Surat terbuka untuk ND Lala daripada Syada

Shila Amzah dan Ubai Mz bercinta, tak sangka ia bermula dengan skuter

(Visited 253 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button