Nasional

Kerusi Tun Dr Ismail dibentuk di UKM – PM

KERAJAAN Perpaduan bersetuju menubuhkan Kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai menghargai legasi kepimpinan dan idea Allahyarham Timbalan Perdana Menteri yang berteraskan perpaduan dan integrasi kaum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan semalam berkata pengiktirafan itu bagi membolehkan generasi muda dan akan datang mendapat inspirasi daripada sumbangan Dr Ismail, yang disifatkannya sebagai wira negara, terutama dalam soal perpaduan kaum.

“Diharap lebih banyak penyelidikan dapat dibincangkan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan Kursi ini,” katanya.

Kerajaan telah menganjurkan majlis memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Rukun Perpaduan Negara di Dataran Merdeka di sini semalam sempena Bulan Kebangsaan. -SM

Baca : PRN: Diari semalam PM Anwar

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button