Nasionalpilihan

Kereta disimbah cat merah, dilontar molotov cocktail

Gara-gara anak membuat pinjaman dan tidak melangsaikan hutang along, kereta milik pasangan suami isteri warga emas disimbah cat merah dalam kejadian yang berlaku di Taman Seri Rambai dekat sini Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.00 pagi pada 4 Oktober, wanita warga emas yang dikenali sebagai Siok Kuan, 61, terkejut apabila membuka pintu rumah mendapati kereta Proton Iswara disimbah cat merah.

Biro Pengaduan Awam MCA Melaka, Denis Lee berkata, bukan setakat kereta disimbah cat, dipintu pagar pula terdapat tiga surat ancaman atas nama anak mangsa yang kini bekerja di Singapura.

Menurutnya, dua hari selepas kejadian pertama, rumah milik pasangan itu turut dibaling botol berisi petrol dipercayai molotov cocktail dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi pada 6 Oktober lalu.

“Mujurlah pasangan itu menyedari kejadian itu lalu keluar rumah serta memadamkan api daripada molotov cocktail.

“Dua kejadian tersebut menyebabkan pasangan ini berada dalam ketakutan dan bimbang along akan bertindak lagi,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Denis berkata, tiga surat ugutan atas nama anaknya diselitkan di pintu pagar rumah tertulis dalam bahasa Inggeris ‘no settel mysick problem, i will call people come to burn u house’.

Menurutnya, mereka juga turut menerima mesej melalui aplikasi WhatSapp daripada nombor telefon bimbit yang tidak dikenali yang turut mengancam akan membakar rumahnya jika anak mangsa tidak menyelesaikan hutang tersebut.

“Setakat ini, mereka telah membayar hutang sebanyak RM17,000 namun along masih meminta tambahan sebanyak RM5,000,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, pasangan suami isteri ini juga telah membuat laporan berhubung kejadian pada 4 Oktober lalu di Balai Polis Batang Tiga pada hari kejadian.

Katanya, mereka membuat laporan itu kerana bimbang along setakat ini tidak berhenti-henti menganggu dan meminta polis mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

Jelasnya, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya telah membantu memasang kamera litar tertutup di rumah tersebut. – SM

BACA Wanita mengaku tak bersalah simbah anak dengan air panas

BACA RM3,000 ditawarkan kepada sesiapa berjaya mencari pelaku simbah cat putih kepada kucing

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button