Nasional

Tak sempat curi motor dah kena tahan

TINDAKAN pantas polis yang menahan dua lelaki yang dilihat mencurigakan berjaya mengekang mereka dari melakukan jenayah curi motosikal.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi semalam ketika rondaan cegah jenayah sedang dilakukan di kawasan Sea Park, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek lelaki berusia 28 dan 39 tahun ini ditahan ketika menaiki motosikal jenis Demak Skyline 200.

“Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal.

“Suspek juga gagal memberikan alasan munasabah berkaitan dengan barang-barang tersebut,” jelasnya.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau tetapi tidak dikehendaki.

Tambahnya, kedua-duanya telah ditahan reman selama dua hari dan disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955. – SM

(Visited 707 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button