Parlimen

Darurat pilihan raya hanya cadangan MP Pasir Gudang – Takiyuddin

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hasan beranggapan pengisytiharaan darurat di kawasan yang akan mengadakan pilihan raya hanyalah cadangan daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang Hasan Abdul Karim.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya oleh Hasan sama ada kerajaan berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sekali lagi untuk mendapat perkenan bagi perisytiharaan darurat pada Pilihan Raya Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Tuan Yang Dipertua, saya rasa Pasir Gudang itu satu cadangan daripada pihak beliau,” kata Takiyuddin dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalannya, Hasan bertanya sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengisytiharkan darurat di kawasan-kawasan tertentu termasuk kawasan pilihan raya di negara ini.

“Adakah kerajaan pusat bercadang untuk menghadap Duli Yang di-Pertuan Agong sekali lagi untuk mendapat perkenan supaya diisytiharkan darurat di kawasan tertentu sahaja pada Pilihan Raya Batu Sapi dan juga darurat bagi Negeri Sarawak untuk menangguhkan kedua-dua pilihan raya tersebut,” tanya Hasan.

Dalam penjelasan lanjut, Takiyuddin berkata, Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan membenarkan Kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara atau bahagian tertentu apabila diperlukan.

“Kerajaan bagaimana semua rakyat Malaysia maklum bahawa baru-baru ini kerajaan telah memberi nasihat kepada DYMM supaya menggunakan artikel 150 perisytiharan darurat ke seluruh negara disebabkan lebih daripada 20 alasan-alasan yang telah diputuskan oleh Kabinet.

“Dalam Artikel 150 adalah jelah bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengadakan proklamasi darurat seluruh negara ataupun mana-mana bahagian, mungkin jika dirasakan perlu mungkin kerajaan akan fikirkan, jika tidak keseluruhan adalah mana-mana bahagian daripada Perlembagaan

“Pokoknya dari segi Perlembagaan ianya adalah dibolehkan,” kata Takiyuddin.

Beliau turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, jika ia perlu dilaksanakan ketika COVID-19 masih melanda negara.

Garis panduan tersebut selaras dengan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa di bawah Akta 342.

“Namun demikian dalam keadaan COVID-19 yang masih melanda negara sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlukan kerjsama terutamanya dari Kementerian Kesihatan (KKM)
dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Yang mana sekarang ini pun pihak SPR telah bersedia dengan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi menghadapi pelaksanaan pilihan raya sama ada PRU, PRN atau Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Ahli Parlimen DAP itu meminta penjelasan sama ada kerajaan bersedia untuk melaksanakan PRU atau PRN Sarawak sekiranya negara masih dilanda COVID-19.

Takiyuddin berkata SPR telah melaksanakan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 dalam tiga pilihan raya termasuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan Slim, serta PRN Sabah.

Menurutnya, selaras dengan Fasal 1, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujud kekosongan sesuatu Parlimen atau DUN.-SM

 

 

 

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button