NasionalParlimen

Keputusan Kerajaan Perpaduan: Hentikan inisiatif Muhyiddin lupus hutang peneroka

INI bukan kes naya Pak Karim tetapi sudah dibaca dan dijangka apabila berlaku perubahan dalam struktur pentadbiran kerajaan negara maka pasti akan berlaku perubahan.

Di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa kerajaan sedang menghentikan inisiatif dimulakan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda.

“Kerajaan tidak akan dapat meneruskan pelupusan pinjaman peneroka Felda lagi kerana ia telah memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda,” katanya.

Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang bertanya sama ada Putrajaya akan meneruskan pelupusan pinjaman kepada peneroka Felda.

Azalina berkata, kutipan untuk bayaran balik pinjaman perlu diteruskan kerana ia merupakan sumber pendapatan Felda bagi memastikan kelestariannya dan kebajikan peneroka Felda.

Kutipan seperti itu daripada peneroka dijangka membentuk 10.8% daripada jumlah hasil Felda untuk 2023, katanya.

Pada Julai 2021 lalu, Muhyiddin mengumumkan kerajaan pimpinannya bersetuju untuk melupuskan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tertakluk kepada syarat tertentu.

Ini termasuk pinjaman untuk latihan penanaman semula (92,441 peneroka), baja (52,180 peneroka), saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka) dan modal pembangunan (6,711 peneroka).

Muhyiddin dilaporkan berkata, pelupusan itu mengurangkan beban pinjaman kepada peneroka sebanyak 80%.

Beliau menambah, isu pinjaman itu perlu “diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula Felda” dan ia juga perlu agar ia bangkit semula dan setanding dengan perladangan antarabangsa yang lain.

Azalina berkata, Felda akan terus membantu peneroka dengan inisiatif lain yang sedia ada bagi memastikan hutang peneroka tidak terus meningkat.  – FMT – SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button