Nasional

Kekurangan diri bukan penghalang amalan kunjung mengunjung

PERNAHKAH kita melihat cara kelompok kecil dalam masyarakat kita seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Biasanya kita mungkin menganggap apabila berhadapan dengan dunia yang penuh dengan kegelapan ini maka budaya saling kunjung mengunjung diabaikan.

Bagaimanapun penulis agak tersentuh hati apabila melihat seorang OKU Penglihatan, Roslan Bidin, 50 yang telah memuat naik statusnya di media sosial Facebook (FB) pagi ini mengenai kunjungan rakan-rakan senasib ke rumahnya baru-baru ini.

Roslan Bidin (kanan) bersama rakan senasibnya di sebuah majlis.

Ini bererti kekurangan diri bukan halangan untuk mengamalkan budaya saling kunjung mengunjung sekalipun pergerakan mereka tidak semudah manusia yang sempurna.

Apa yang menarik perhatian, sanggup berkongsi tambang teksi sesama mereka asalkan dapat mengunjungi Roslan dan ibunya Embun Abdullah, 84 di Kampung Beseri Dalam, baru-baru ini.


Roslan berkata, beliau dan ibunya amat berbesar hati atas kunjungan sahabatnya pada sambutan hari raya Aidiladha.

Kedatangan Remli Abas, 64 bersama isterinya Norjasmi Othman, 64 dari Kampung Padang Pauh, Noradlin Yan, 27, dari Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis dan Zulkifli Yusof, 34 dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat disambut dengan penuh kegembiraan oleh Roslan dan ibu.

“Kesemua mereka ini sebenarnya tinggal di tempat yang jauh antara satu sama lain,” ujar Roslan yang mengusahakan bengkel kraftangan rotan ini ketika dihubungi Suara Merdeka.

Bagaimanapun kata, rakan-rakannya ini sudah “charted” sebuah teksi bagi memudahkan mereka datang ke rumahnya.

Roslan berkata, biasanya inilah cara mudah untuk bergerak dengan selamat di mana pemandu teksi yang sama akan menjadi pilihan.

“Beberapa pemandu teksi dah kenal kami di mana akan datang mengambil kami di depan pintu rumah sebelum bergerak ke destinasi yang diinginkan,” katanya.

Roslan berkata, biasanya tambang akan dikongsi bersama dan pemandu akan menghantar sehingga ke depan rumah.

Katanya, pemandu berkenaan juga sudah faham di mana menunggu akan menunggu sehingga majlis pertemuan selesai.

Roslan berkata, antara mereka OKU Penglihatan memang sentiasa berusaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

“Budaya saling kunjung mengunjung ini bukan sahaja pada hari raya atau kenduri sahaja malah jika mendapat khabar antara kami ada yang sakit,” katanya.

Roslan akui sekalipun beliau dan rakan-rakannya adalah OKU Penglihatan tetapi itu bukan menjadi bermakna hubungan silaturahim diabaikan tetapi sentiasa dipupuk sepanjang masa. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button