fbpx
Nasional

Sumbangan RM205 juta ke Tabung Harapan bayar hutang negara

DEWAN Rakyat hari ini dimaklumkan dana akaun Tabung Harapan hasil sumbangan rakyat ketika era pemerintahan Pakatan Harapan telah dibelanjakan mengikut tatacara yang termaktub iaitu untuk membayar hutang kerajan persekutuan.

Perkara itu diberitahun TImbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) yang mempersoalkan status terkini Tabung Harapan dan ke mana wang tersebut disalurkan.

Jelas Abdul Rahim, akaun tabung tersebut juga telah diurus tadbir oleh jawatankuasa akaun secara amanah.

“Akaun Tabung Harapan telah ditadbir oleh jawatankuasa akaun secara amanah.

“Pengunaan dana dalam akaun tersebut mengikut tatacara yang termaktub dalam arahan untuk bayar hutang kerajaan persekutuan dan pembayaran yang perlu digunakan untuk tujuan akaun itu sahaja,” katanya.


Tabung Harapan dilancarkan pada 30 Mei 2018 oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Tabung tersebut diwujudkan kerana PH mendakwa hutang negara berjumlah lebih RM1 trilion.

Abdul Rahim berkata, sehingga 1 Disember 2019, dana Tabung Harapan, termasuk semua faedah berjumlah lebih RM 205 juta telah digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB.

Penerimaaan sumbangan terakhir yang direkodkan pada 14 Januari 2019 berjumlah lebih RM202 juta.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button