Nasionalpilihan

Kejayaan negara hari ini adalah hasil muafakat serta perjuangan berterusan – PM

Kejayaan negara yang dikecapi pada hari ini adalah hasil muafakat serta usaha perjuangan secara berterusan sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat, sejahtera dan maju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai kemerdekaan dan patriotisme harus dihayati selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Hal ini demikian kerana penghayatan tersebut menjadi tunjang kekuatan kita bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara tercinta,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Siri Kelapan yang diadakan di Tapak Karnival Stadium Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Keluarga Malaysia di Selangor atas sambutan yang memberangsangkan.


“Tahniah atas komitmen padu yang ditunjukkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dalam penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Siri Kelapan di Negeri Selangor pada kali ini.

“Saya berharap aspek Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran dalam masyarakat majmuk Keluarga Malaysia ini terus dihayati.

Selain itu, Perdana Menteri berharap aspek-aspek yang ada turut boleh diserap dalam jiwa seluruh Keluarga Malaysia tanpa mengira sentimen agama dan bangsa.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button