NasionalPolitik

“Kami Cuma Dukung Replika Mayat, Bukan Punca Kes Naik Sehingga 19K”, Ujar Lelaki Bertopeng

“Bukan salah kami angka COVID-19 hari ini boleh cecah sehingga 19,819 kes baharu. Kami cuma berarak untuk jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional,” ujar seorang lelaki bertopeng selepas dia dihentam dalam Facebook.

Lelaki berkenaan memuat naik status tersebut apabila musuh-musuh Facebook mengaitkan dirinya serta rakan-rakan baju hitam yang lain sebagai punca kes baharu COVID-19 hari ini hampir mencecah 20,000 kes sehari.

Tambahnya, mereka cuma berarak pada hari Sabtu lalu dan mana mungkin kes COVID-19 yang dilaporkan ketika ini datang daripada perarakan tersebut yang jelas lebih suci dan dirahmati Allah SWT.

“Kalau kami tak berarak dan tunjukkan tanda solidariti, siapa lagi? Nak harapkan rakyat Malaysia lain yang pengecut dan duduk di rumah? Sembang berapi di Facebook pandailah!

“Lagi pun usaha kami ibarat mendapat restu daripada pemimpin lain juga. Kalau tidak, masakan mereka akan turut sama menjalankan perarakan yang hampir serupa Isnin lalu?


“Cuma yang membezakan adalah mereka berarak kerana tidak dapat masuk ke Parlimen dan kami berarak kerana tak dapat pulang ke kampung walaupun sudah ambil dua dos vaksin,” katanya.

Lelaki bertopeng berkenaan turut menegaskan bahawa sehingga hari ini belum ada mana-mana ahli geng baju hitam terlantar di hospital akibat jangkitan COVID-19.

“Ini yang dinamakan sebagai perjuangan yang direstui dan rakyat Malaysia yang enggan bersama kami, duduk rumah sahaja dan saksikan persembahan daripada kami,” tulisnya.

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button