Nasional

PERKESO rai 100 ibu tunggal dan anak yatim sempena Tahun Baru Cina

SEMPENA ketibaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 1 Februari ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengambil peluang untuk meraikan seramai 100 penerima faedah PERKESO dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina PERKESO 2022 di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini melibatkan penerima faedah PERKESO iaitu seramai 40 orang ibu tunggal dan 60 orang anak yatim dari sekitar ibu negara.

Mereka telah menerima sumbangan berupa angpau dan hamper dalam majlis sambutan tahunan itu.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed dan turut hadir sama meraikan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO, Encik John Riba Marin, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak PERKESO, Datuk Dr. Hafez Hussain dan Ketua Bahagian Pengurusan Korporat PERKESO, Encik Mohd Shahar Ismail.

“Sebagai sebuah organisasi yang prihatin dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pencarum serta orang tanggungannya, kami berharap penganjuran majlis ini dapat membantu meringankan kos perbelanjaan dan persiapan dalam menyambut perayaan penting ini. Selain itu, kami juga berharap agar majlis yang diadakan ini dapat memberi sinar kegembiraan dan memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baru Cina buat mereka,” kata Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed,

Setelah hampir dua tahun tidak dapat dilangsungkan akibat penularan pandemik Covid-19, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina PERKESO 2022 ini diadakan sebagai salah satu daripada inisiatif agensi ini untuk ‘turun padang’ dan menyantuni penerima faedahnya, di samping dapat memperkukuh hubungan antara PERKESO dan pemegang taruhnya.

Pelaksanaan inisiatif murni ini juga menzahirkan keprihatinan PERKESO terhadap rakyat Malaysia, khususnya buat mereka yang memerlukan bantuan semasa ketibaan musim perayaan ini. – SM

 

 

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button