Nasional

Jual baju Adidas, Nike, Puma dengan harga murah, rupanya tiruan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjual pakaian berjenama tiruan melalui transaksi atas talian.

Difahamkan, serbuan dilakukan di kediaman lelaki berusia 45 tahun di Taman Cheras Jaya, Balakong Selangor baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi dijalankan hasil daripada aduan daripada wakil pemilik Cap Dagang berkaitan penjualan pakaian berjenama tiruan melalui transaksi dalam talian di tapak pasar dalam talian.

“Modus operandi peniaga ini ialah dengan mengiklankan pakaian berjenama tiruan dengan harga
yang lebih murah dari pasaran bagi menarik perhatian pembeli.

“Pengadu berjaya mengesan lokasi tempat pengedaran selepas membuat pesanan dalam talian. Alamat peniaga tersebut tertera pada bungkusan yang dikirimkan kepada pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu telah membuat perbandingan dengan pakaian jenama yang asli dan berjaya mengenal pasti yang barangan jualan tersebut ialah palsu.

Jelasnya, hasil pemeriksaan, pasukan serbuan bersama wakil pemilik cap dagang, terdapat pelbagai jenis baju dan seluar jenama Adidas, Puma dan Nike disimpan di premis tersebut yang disyaki tiruan.

Gambar ihsan KPDNHEP

“Kesemua barang-barang tersebut telah dirampas dan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis telah diambil keterangan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM67,750.00,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barangbarang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.  -SM

(Visited 714 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button