NasionalNegeri

JPJ Perlis perangi pemandu “loklaq” cara penyamaran

PERANGI pemandu loklaq!

Wajarlah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sampai mengklaskan sikap “loklaq” ini di kalangan pemandu kenderaaan di Perlis ekoran sikap tidak endah ketika berada di jalan raya.

Benarlah seperti kata Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah, pemandu loklaq ni lebih mementingkan diri sendiri.

“Sesuka hati melanggar peraturan jalan raya tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain malah mungkin membahayakan diri sendiri,” katanya.

Fatimah berkata, terdapat juga pemandu yang memang suka atau dengan sengaja mencabar undang-undang kerana selama ini langsung tidak pernah dikenakan tindakan saman.

“Nasihat saya agar semua pemandu agar mematuhi peraturan dan bertimbangrasa ketika berada di jalan raya kerana “keselamatan jalan raya tanggungjawab kita bersama”,” katanya.

Bagaimanapun pemandu loklaq jangan ingat boleh terlepas dari dikesan kerana JPJ mempunyai pasukan penyamaran yang akan merakam secara bergambar.

Bagi melihat sendiri sikap pemandu loklaq yang dimaksudkan, Suara Merdeka mengikut dua pegawai JPJ sebagai “penyamar” di mana seorang bertugas merakam pesalah trafik menerusi lensa kamera dan seorang lagi akan mencatat nombor kenderaan, jenis kenderaan dan beberapa petanda lain sebagai bahan bukti hasil rakaman kamera.

Pegawai yang mencatit kesalahan ini kemudiannya akan mengubungi pegawai lain yang sedang bertugas di sekatan lalu lintas jika ketika itu berada di laluan sama di hadapan untuk mengeluarkan saman.

Bagaimanapun bagi kenderaan yang tidak dikesan di sekatan jalan raya ini akan dihantar dengan surat saman.

Penyamaran pertama adalah di lampu isyarat Kubang Gajah berhampiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di mana telah menyaksikan penunggang motosikal paling banyak gagal mematuhi lampu isyarat di selain melawan membawa kenderaan secara melawan arus.

Selain itu, pemantauan di hadapan Petron di Jalan Kangar – Arau dekat Jejawi di mana kebanyakan pemandu dari stesen minyak mengambil jalan mudah membuat pusingan U pada ruang jalan yang khusus untuk membelok ke kanan.

Bagaimanapun paling mengejutkan apabila berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Padang Behor berhampiran pasar raya Borong Din kerana tidak sampai limit minit di lokasi, 10 buah motosikal dan kereta dikesan gagal mematuhi lampu isyarat.

Begitu juga dengan pengguna jalan raya berhampiran Petron di Simpang Empat.

Sekalipun telah berlaku kemalangan yang kerap sehingga kematian tetapi pengguna jalan raya masih gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Bagaimanapun kata salah seorang pegawai yang bersama dengan operasi ini kalau pengguna ini disaman, biasa akan menjawap “selama ini saya tidak pun pernah kena saman”.

Jadi disebabkan alasan ini membuatkan sikap pemandu loklaq ini sukar dibanteras.

Sementara itu seorang wargakota Muhammad Syakeel Sholimin, 25 tidak menafikan sikap pemandu loklaq ini sangat mengecewakan terutama bagi anak rantau sepertinya kerana masih melihat cara pemanduan seperti ini masih berlaku.

“Kalau di bandar besar, jumlah kenderaan banyak tapi jarang berlaku kemalangan kecil sebab semua sentiasa berhati-hati,” katanya.

Katanya, sikap loklaq perlu dibuang kerana semua yang berada di jalan raya mahu memandu dalam keadaan selamat dan bebas dari sebarang kemalangan.

Sementara itu statistik yang dikeluarkan oleh JPJ Perlis berdasarkan Notis 114 Penyamaran Bergambar mulai Januari hingga Mei lalu sebanyak 118 kes dicatatkan.

Paling tinggi adalah gagal mematuhi lampu isyarat dengan 31 kes, diikuti tidak memakai topi keledar (25), tidak memakai tali pinggang keledar (18), memotong barisan – kiri (12), memotong di garisan berkembar (9), membuang pusingan U (8), membawa muatan bahaya (2) dan lain-lain kesalahan (13). – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button