fbpx
Nasional

Jangan solat di lorong kecemasan lebuh raya

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihatkan tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.
Pemegang konsesi Lebuhraya KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.
“Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur setiap musim perayaan dan cuti umum.
“Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan, iaitu lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, gambar pengguna lebuh raya menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya KLK akibat kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Aidiladha, tersebar di media sosial.
Sementara itu, Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 serta LKL ketika pulang ke Lembah Klang.
“(Tindakan itu sebagai langkah persediaan dalam) menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan mendadak dan kesesakan yang bakal ditempuhi kelak.”
Solat sebenarnya boleh dilakukan dalam kenderaan tanpa perlu membahayakan diri atau pengguna jalan raya lain.

 

TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU 

~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @ kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa menghadap kiblat.

 

SOLAT DALAM KENDERAAN

~ Niatnya sebagai contoh: “Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala”
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.
~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA’KAN SOLAT tersebut.
(Visited 1 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button