Nasional

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak diperkenalkan – KPWKM

CADANGAN Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak disambut baik dalam Belanjawan 2023.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, KPWKM bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi pusat seperti Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam memperincikan Jabatan tersebut.

“KPWKM turut berbesar hati atas pengumuman pertubuhan sebuah unit khas di bawah Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

“Kami di KPWKM sedia membantu PDRM demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak,” kata Nancy dalam satu kenyataan selepas Belanjawan 2023 dibentangkan.

Di samping itu, KPWKM juga mengalu-alukan inisiatif di bawah PERKESO untuk menggalakkan wanita yang sebelum ini terpaksa berhenti kerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak.

“Kami percaya, pindaan akta yang akan dibawa oleh Kementerian Sumber Manusia ini akan menjadi pemangkin dan menyuntik semangat untuk golongan wanita agar menjadi seorang ibu tidak menghalang mereka untuk terus berjaya dalam kerjaya dan profesion mereka,” katanya. – SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button