Uncategorized

“Semboyan Telah Dilaungkan, Pemuda Perikatan Nasional Siap Sedia!” – Muhd. Shamsuddin

Barisan Nasional (BN) merupakan punca utama berlakunya pergolakan politik dan ketidak stabilan kerajaan di Johor sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terpaksa diadakan.

Ujar Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Johor, Muhd. Shamsuddin Paijan, BN bukan hanya menimbulkan ketidak stabilan kerajaan malah cuba menang dari segi ucapan.

“Semboyan telah dilaungkan, Pemuda Perikatan Nasional siap sedia. BN punca ketidakstabilan kerajaan dan segala yang dilaungkan hanya retorik semata-mata. Kita wajib tolak mereka ini (BN) dalam PRN Johor.

“Kita telah zahirkan kesungguhan Pemuda Perikatan Nasional Johor mampu memberi kemenangan buat Perikatan Nasional dalam PRN Johor kali ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook miliknya.

Muhd. Shamsuddin berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional sempena PRN Johor di Taman Sri Wangsa, Batu Pahat, Johor berjaya disempurnakan.

Dalam pada itu, Muhd. Shamsuddin yang juga merupakan Ketua Armada Bersatu Negeri Johor turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua parti yang terlibat bersama PN.

“Tahniah dan terima kasih kepada keseluruhan pimpinan Parti Bersatu, Pas dan Gerakan atas kesepakatan dan seia sekata dalam memastikan kemenangan Perikatan Nasional dalam PRN Johor.

“Ayuh anak muda, ayuh Bangsa Johor. Kita ajar mereka ini, UMNO, BN dan PH daripada terus memporak-perandakan nasib kita pada 12 Mac nanti!,” tegas Muhd Shamsuddin.

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button